Tuesday, March 8, 2011

Formula mengingat.........

- mind maping
- storyboarding
- brainstorming
- fishbone
Bagi mengingatkan sesuatu perkara dalam waktu yang singkat amatlah sukar kerana otak manusia tidak boleh menerima sesuatu maklumat dengan banyak dalam sesuatu masa. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai cara bagi mengatasi masalah ini iaitu dengan mecipta formula bagi mengekspretasikan masalah-masalah yang timbul dalam hal sebegini. Antara formula yang dicipta ialah mind maping, storyboarding, brainstorming, serta carta sebab dan kesan iaitu diagram tulang ikan ataupun fishbone. Formula ini dicipta bagi memudahkan ingatan manusia tentang sesuatu perkara. Namun, terdapat perbezaan dan persamaan antara formula ini.
1) Persamaan
Persamaan yang dapat dilihat apabila kita menggunakan keempat-empat formula ini adalah semua formula memerlukan perancangan yang lebih teliti dalam membuat formula ini. Semua formula ini terbukti apabila kita melihat proses pembuatannya iaitu memerlukan kekreatifan, ketelitian dan kesempurnaan yang dicipta oleh yang pakar dlam bidang pendidikan. Hal ini demikian kerana, jika terdapat kesalahan dalam mencipta formula ini maka semestinya akan menyukarkan individu untuk memahami isi kandungan atau maksud yang ingin di perolehi.
Selain itu, keempat-empat formula ini turut mempunyai satu persamaaan yang jelas iaitu penglibatan dalam penukaran dari sesuatu idea ke dalam bentuk yang mudah diingat dan difahami. Formula ini jelas dapat dilihat persamaannya iaitu Mind Maping, setiap fakta atau isi penting akan diringkaskan dan disusun bagi perkara yang dianggap penting. Keempat-empat formula ini disusun isi pentingnya kepada bentuk yang lebih ringkas supaya mudah ingati.
Persamaan lain ialah semua formula ini merupakan perancangan sementara dan bukannya kepastian yang diharapkan. Misalnya, Brainstorming merupakan pencetus idea atau dengan kata lain proses pemilihan ketika membuat sesuatu keputusan. Setiap idea yang dirakam atau dikeluarkan akan dicatat dan dikaji terlebih dahulu, diselidik serta dibincang bagi memdapatkan maklumat yang tepat. Hanya idea yang sesuai sahaja akan dikekalkan dan terus dikembangkan dengan lebih lanjut atau mendalam. Maka, formula-formula ini jelaslah bahawa satu perancangan sahaja bukanlah kepastian.
Perbezaan
Formula-formula yang dicipta adalah untuk memudahkan manusia mengatasi masalah untuk mengingat sesuatu perkara dengan mudah dan berkesan. Terdapat perbezaan antara keempat-empat formula ini. Antaranya ialah dari segi bentuk formula ini. Setiap formula ini mempunyai bentuk yang berbeza antara satu sama lain. Misalnya, formula Mind Maping mempunyai bentuk yang pelbagai mengikut kekreatifan seseorang individu untuk menghasilkannya. Formula Fishbone pula merupakan berbentuk tulang ikan kebiasaannya. Selain itu, setiap pecahan idea dan gambarajah juga turut mempunyai bentuk yang berbeza misalnya pecahan idea bagi Mind Maling adalah pelbagai bentuk dan mengikut kesesuaian tajuk atau topik manakala formula Fishbone pula, pecahan idea dibuat mengikut rangka tulang ikan tersebut.
Antara perbezaan lain dapat dilihat ialah setiap formula mewakili cara atau kaedah yang tersendiri. Misalnya, formula Mind Maping adalah digunakan untuk menguraikan isi-isi penting dalam karangan atau esei panjang supaya mudah diingati dan difahami dan yang lebih penting adalah supaya mudah diingati.Manakala bagi storyboarding pula kaedahnya adalah dengan menggambarkan keadaan ataupun rupa sesuatu penggambaran sebelum ia bermula.
Setiap formula juga mewakili fungsinya yang tersendiri. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas pada setiap fungsi formula yang dicipta ini. Misalnya, bagi Mind Maping fungsinya adalah untuk menyenaraikan isi-isi penting bagi topik yang dikaji atau dirancang. Bagi Formula Storyboarding, fungsinya adalah untuk menggambarkan plot-plot penting di dalam sesebuah cerita. Manakala bagi Brainstorming, fungsinya adalah untuk menyenaraikan kebarangkalian kepada sesuatu penyelesaian dan formula Fishbone adalah untuk menyenaraikan setiap kesan dan penyebab kepada sesuatu masalah sebelum membuat sesuatu keputusan.
Sebagai kesimpulannya, keempat-kempat formula ini terdapat persamaan dan perbezaan dari pelbagai sudut sepeti kaedah, bentuk, cara, fungsi dan perancangan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Walau bagaimanapun, setiap formula banyak memberi manfaat kepada kita dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan kerumitan dalam mengingati sesuatu perkara yang dianggap penting.

No comments:

Post a Comment