Friday, March 18, 2011

STYLE/GAYA DALAM PENGKARYAAN

Gaya penampilan dalam pengkaryaan

Secara umumnya, pengkajian terhadap karya seni perlu mengambilkira aspek-aspek formalistik iaitu unsur dan prinsip, pengolahan karya dan gaya penampilan serta makna iaitu ikonografi yang tersurat dan tersirat. Penelitian terhadap bentuk dan makna ini pula dihubungkan dengan konteks penghasilan sesuatu karya, misalnya aspek-aspek period atau masa seperti sejarah dan kebudayaan. Dalam mengkaji bidang sejarah seni, seseorang perlu mengetahui tentang bagaimana sesebuah karya itu diolah dan dihasilkan berdasarkan kepada gaya penampilan yang digunakan.
Dalam proses pengolahan karya, Horald Osborne mengklasifikasikan 3 kaedah yang perlu digunakan dalam pengolahan pengucapan seni visual iaitu idealisasi, representasi, dan  stailisasi. Idealisasi merupakan pengolahan yang lebih memberi penekanan kepada mesej atau pengertian atau mesej sebagai subjek utama. Ianya juga turut merujuk kepada unsur kepercayaan atau keagamaan yang banyak terdapat pada imej-imej keugamaan. Pengolahan dibuat menggunakan perkiraan dan formula sebagai maksud untuk  menyampaikan rasa keunggulan dan penataan secara hieratic yang melibatkan exaggeration sama ada dari aspek idea mahupun bentuk.
Representasi pula merujuk kepada perlambangan yang menyatakan tentang keperihalan sifat dan ciri sesuatu kualiti hal yang mujarad seperti berat atau isipadu sesuatu objek tanpa sebenarkan menekankan sifat luaran.Oleh itu ia melibatkan satu perlambangan aspek mujarad bagi maksud menginterpretasi tentang perkara yang bukan objek. Dalam banyak keadaan, sasaran pengambarannya lebih mengutamakan aspek yang elemental dan primeval. Melalui representasi, pelukis menitikberatkan kedua-duanya sama ada aspek-aspek formalistik dan mesej yang ingin disampaikan serta lebih memberi penekanan kepada penyampaian rasa. Contohnya karya Zulkifli Yusof yang menggunakan stail dan mesej yang bergerak selari dengan aspek formalistik.
Stailisasi pula merujuk kepada bahan dan teknik yang digunakan dalam sesuatu karya atau perekaan. Pengkarya tidak meletakkan mesej sebagai subjek utama. Pertimbangan imej dibuat dengan mengambil kira aspek ciri bahan yang digunakan dan rupa yang akan diserasikan dengan keseluruhan reka bentuk. Pendekatannya lebih berkait dengan masalah rekaan (design issues). Contohnya ialah, gambar dalam motif.
Selain itu, gaya penampilan juga memainkan peranan penting kepada pengkarya bagi mempersembahkan karya kepada khalayak umum. Ianya merupakan teknik penggambaran yang menyentuh soal gaya dan bagaimana imej dipersembahkan kepada umum. Terdapat banyak kaedah utama yang boleh mengarah kepada penekanan gaya penampilan. Antaranya ialah realistik, separa abstrak, dan abstrak. Teknik penggambaran menyentuh soal gaya dan bagaimana imej dipersembahkan kepada umum. Realistik bermaksud karya yang menggambarkan sepertimana objek atau situasi asal melibatkan imitasi, peniruan daripada bentuk asal.Contoh karya yang bertajuk Gadis Melayu, Potret Diri (Mohd.Hoessien Enas). Manakala separa abstrak pula bermaksud mengubah bentuk asal kepada unsur yang sukar difahami tetapi masih boleh dikenali unsur-unsur asal.Contoh karya “Girl Before a mirror” (Pablo picasso) dan ‘Hang Tuah Hang Jebat” (Ismail Mustam). Abstrak pula merupakan karya yang melambangkan keseluruhan imej yang sukar difahami, dikenali sebagai mujarad,niskala,kabur, tetapi pengkarya lebih mementingkan simbol,bentuk dan warna. Sebagai contoh Pago-pago (A.Latiff Mohidin) dan  Gunung Ledang (Syed Ahmad Jamal).



Tuesday, March 8, 2011

Ikonografi....

-Ikonografi merupakan persoalan ikon yang memperkatakan tentang objek dan makna.
-Peringkat awal Panofsky menerangkan tentang objek dan makna apabila menceritakan bahawa kawannya 
 menegur beliau dengan mengangkat topi.
-Dengan mengangkat topi itu, beliau telah mengatakan itu suatu petanda tentang objek dan makna.
-Simbol mengangkat topi adalah adalah suatu makna yang mendalam itu sama ada menghormati, menegur,
 bermesra dan sopan santun.
-Makna itu juga boleh dikatakan sebagai makna insprisit atau makna yang mendalam.
-Makna tersebut tidak dapat diterima pada tempat yang lain.
-Terdapat tiga objek atau makna dalam karya seni.
  1) Objek yang natural @ primary
  2) Objek yang biasa @ sekunder
  3) Makna intrinsik @ isi

1)Objek yang natural
-terbahagi kepada fakta dan ekspresi
-makna diperoleh daripada bentuk
-menurutnya bentuk adalah dihasil daripada konfigurasi garisan, warna, diperbuat daripada
  gangsa dan batu.
-objek natural adalah adalah manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, rumah dan alatan.

2)Objek yang biasa
-beliau menggambarkan sebuah arca objek lelaki yang memegang pisau mewakili 'St. Bartholmew'
  dan objek perempuan memegang buah peach adalah sebagai personaliti 'kejujuran'.
-beliau juga menggambarkan objek karya lukisan 'The Last Supper' dalam gambaran-gambaran
 watak yang jahat dan baik.
-dalam karya di atas menunjukkan peristiwa dan makna.
-dalam hal demikian, maka dalam pengolahan karya di atas terangkumlah persoalan objek yang digambarkan
  dengan peristiwa. Di samping karya tersebut mencantumkan persoalan komposisi.

3)Makna Intrinsik
-beliau mendefinisikan makna melalui sejumlah prinsip yang menentukan sikap sesuatu negara, zaman,
  kelas atau pendirikan agama dan falsafah.
-kesemuanya adalah dinyatakan melalui personaliti seseorang melalui karya seni.
-beliau telah membuktikan sesebuah karya bertajuk 'Virgin Mary' di mana Mary terbaring
  diatas sofa melutut memujuk 'Baby Jesus'. Gambaran objek hanya menunjukkan skema tiga segi.
-dari segi ikonografi mempunyai makna yang intrinsik.

Hasil Tangan Yang Sangat Kreatif.....


 

Imej seorang lelaki yang lengkap berpakaian seolah-olah berkuasa

Labah - labah gergasi yang dibuat dari pasir

Karya yang dihasilkan dengan mengunakan pasir

Imej lelaki tua dan berhampiran dengannya ada ime singa.semuanya diperbuat daripada pasir

Menarik dan kreatif !!!

Formula mengingat.........

- mind maping
- storyboarding
- brainstorming
- fishbone
Bagi mengingatkan sesuatu perkara dalam waktu yang singkat amatlah sukar kerana otak manusia tidak boleh menerima sesuatu maklumat dengan banyak dalam sesuatu masa. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai cara bagi mengatasi masalah ini iaitu dengan mecipta formula bagi mengekspretasikan masalah-masalah yang timbul dalam hal sebegini. Antara formula yang dicipta ialah mind maping, storyboarding, brainstorming, serta carta sebab dan kesan iaitu diagram tulang ikan ataupun fishbone. Formula ini dicipta bagi memudahkan ingatan manusia tentang sesuatu perkara. Namun, terdapat perbezaan dan persamaan antara formula ini.
1) Persamaan
Persamaan yang dapat dilihat apabila kita menggunakan keempat-empat formula ini adalah semua formula memerlukan perancangan yang lebih teliti dalam membuat formula ini. Semua formula ini terbukti apabila kita melihat proses pembuatannya iaitu memerlukan kekreatifan, ketelitian dan kesempurnaan yang dicipta oleh yang pakar dlam bidang pendidikan. Hal ini demikian kerana, jika terdapat kesalahan dalam mencipta formula ini maka semestinya akan menyukarkan individu untuk memahami isi kandungan atau maksud yang ingin di perolehi.
Selain itu, keempat-empat formula ini turut mempunyai satu persamaaan yang jelas iaitu penglibatan dalam penukaran dari sesuatu idea ke dalam bentuk yang mudah diingat dan difahami. Formula ini jelas dapat dilihat persamaannya iaitu Mind Maping, setiap fakta atau isi penting akan diringkaskan dan disusun bagi perkara yang dianggap penting. Keempat-empat formula ini disusun isi pentingnya kepada bentuk yang lebih ringkas supaya mudah ingati.
Persamaan lain ialah semua formula ini merupakan perancangan sementara dan bukannya kepastian yang diharapkan. Misalnya, Brainstorming merupakan pencetus idea atau dengan kata lain proses pemilihan ketika membuat sesuatu keputusan. Setiap idea yang dirakam atau dikeluarkan akan dicatat dan dikaji terlebih dahulu, diselidik serta dibincang bagi memdapatkan maklumat yang tepat. Hanya idea yang sesuai sahaja akan dikekalkan dan terus dikembangkan dengan lebih lanjut atau mendalam. Maka, formula-formula ini jelaslah bahawa satu perancangan sahaja bukanlah kepastian.
Perbezaan
Formula-formula yang dicipta adalah untuk memudahkan manusia mengatasi masalah untuk mengingat sesuatu perkara dengan mudah dan berkesan. Terdapat perbezaan antara keempat-empat formula ini. Antaranya ialah dari segi bentuk formula ini. Setiap formula ini mempunyai bentuk yang berbeza antara satu sama lain. Misalnya, formula Mind Maping mempunyai bentuk yang pelbagai mengikut kekreatifan seseorang individu untuk menghasilkannya. Formula Fishbone pula merupakan berbentuk tulang ikan kebiasaannya. Selain itu, setiap pecahan idea dan gambarajah juga turut mempunyai bentuk yang berbeza misalnya pecahan idea bagi Mind Maling adalah pelbagai bentuk dan mengikut kesesuaian tajuk atau topik manakala formula Fishbone pula, pecahan idea dibuat mengikut rangka tulang ikan tersebut.
Antara perbezaan lain dapat dilihat ialah setiap formula mewakili cara atau kaedah yang tersendiri. Misalnya, formula Mind Maping adalah digunakan untuk menguraikan isi-isi penting dalam karangan atau esei panjang supaya mudah diingati dan difahami dan yang lebih penting adalah supaya mudah diingati.Manakala bagi storyboarding pula kaedahnya adalah dengan menggambarkan keadaan ataupun rupa sesuatu penggambaran sebelum ia bermula.
Setiap formula juga mewakili fungsinya yang tersendiri. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas pada setiap fungsi formula yang dicipta ini. Misalnya, bagi Mind Maping fungsinya adalah untuk menyenaraikan isi-isi penting bagi topik yang dikaji atau dirancang. Bagi Formula Storyboarding, fungsinya adalah untuk menggambarkan plot-plot penting di dalam sesebuah cerita. Manakala bagi Brainstorming, fungsinya adalah untuk menyenaraikan kebarangkalian kepada sesuatu penyelesaian dan formula Fishbone adalah untuk menyenaraikan setiap kesan dan penyebab kepada sesuatu masalah sebelum membuat sesuatu keputusan.
Sebagai kesimpulannya, keempat-kempat formula ini terdapat persamaan dan perbezaan dari pelbagai sudut sepeti kaedah, bentuk, cara, fungsi dan perancangan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Walau bagaimanapun, setiap formula banyak memberi manfaat kepada kita dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan kerumitan dalam mengingati sesuatu perkara yang dianggap penting.

Kreativiti Dalam Pendidikan Seni Visual


Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif. Pendidikan Seni dalam Kurukulum Bersepadu Sekolah Menengah, bermaksud seni tampak yang bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik.

Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Pelajar yang mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa, bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupan. Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir . Pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea, penerokaan unsur, inkuiri, integrasi maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan fleksibel.

Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar. Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini.

Kreativiti dalam seni....

Definisi
Kreativiti
Kreativiti merupakan anugerah tuhan kepada semua tetapi kita abaikannya. Kreativiti adalah penting dalam apa sahaja yang kita lakukan seperti hiasan, persolekan, jamuan perniagaan dan lain-lain. Kita boleh belajar berfikiran kreatif melalui pemerhatian dan boleh menerangkannya. Kita berfikir luar dari kotak pemikiran yang biasa. Adakah cara kita bertanya untuk boleh menjadikan seseorang itu berfikiran kreatif? Cara kita bertanya boleh menukarkan cara kita berfikir (mindset). Ia mengajar kita bagaimana sesuatu input (sama ada rangsangan deria atau maklumat) dapat diterangkan dan terbentuk dalam imageri dan minda seseorang untuk menerima maklumat.
Beberapa tokoh dalam disipilin sains pemikiran antara lain menjelaskan bahawa kreativiti amat rapat dengan aktiviti dan gaya hidup manusia. Antara definisi yang diberikan adalah:
“... diri dalam keadaan bergerak balas ketika ia dirangsang dengan cara dinamik.”
(Hopkins, 1937 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“... sebagai gaya hidup”
(Fomm, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“proses yang dilalui oleh seseorang dalam pengalaman seharian yang membwa perbaikan – pertumbuhan diri.”
(Andrews, 1961 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“... satu proses yang seseorang itu menjadi peka terhadap masalah, kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebgainya; mengenal pasti perkara-perkara sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan-kekurangan itu; menguji dan menguji semula hipotesis-hipotesis ini dan mungkin mengubah suai dan mengujinya semula; dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain.”
(Boon dan Ragbir, 1998)
“...melihat apa yang orang lain sudah nampak dan memikirkan apa yang belum difikirkan oleh orang lain.”
(Torrance, 1974)
“Creativity is the connecting and rearranging of knowledge-in the minds of people who will allow themselves to think flexibly-to generate new, often surprisingly ideas that others judge to be useful.”
(Plesk, 1997 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“kreativiti adalah proses yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan ia mencipta sesuatu baginya.”
(Mead, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“....timbul dari karya baru , akibat daripada interaksi-interaksi individu dengan alam sekitarnya.”
(Rogers, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“....pengertian perubahan, perkembanagan dan lain-lain, yang ada kaitannya dengan kreativiti manusia. Sebab manusia mencipta bukan dari tiada tetapi dari sesuatu yang sudah wujud kemudian diubah kepada bentuk yang lebih baik.”
(Hassan, 1991 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“... creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities”
(Rickards, 1990)