Tuesday, April 12, 2011

PETA MINDA

Peta minda atau dikenali juga sebagai “mind mapping”  merupakan suatu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea penting diletakkan di tengah-tengah sebagai pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya. Peta minda juga adalah satu teknik yang digunakan untuk meningkatkan daya ingatan melalui penggunaan minda sebelah kanan atau “subconscious mind”.

Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semula maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Peta minda boleh membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan dan kemahiran diri untuk mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman. Peta minda dapat merangsang pelbagai keupayaan yang ada dalam diri kita. Antaranya, kita perlu memikirkan tentang maklumat yang diperlukan dan membuat pemilihan mengikut keinginan sendiri. Secara langsung, kita dikira berhubung secara aktif dengan maklumat yang ada dalam ingatan. Bolehlah sifatkan kita sebenarnya sedang berbicara dengan daya ingatan sendiri. Peta minda itu juga boleh merangsang beberapa anggota kita yang mempunyai peranan tersendiri. Antaranya, kita perlu berfikir, memerhati, memilih, melukis dan menentukan sama ada kita memahami apa yang kita inginkan. Tangan kita ikut serta dalam kerja-kerja tersebut. Hal ini dapat memahirkan diri dengan disiplin yang penting dalam pembelajaran. 

Menggunakan peta minda bermakna kita harus menggunakan kemahiran menyusun maklumat yang betul dan tepat serta mudah difahami. Peta minda juga membolehkan kita membuat perkaitan dengan lebih mudah dan cepat. Apa yang kita ingat akan dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan yang kita lakukan. Kemudian kaitkan pula dengan beberapa isi kecil yang lain. Lama kelamaan akan membentuk idea keseluruhan mengenai apa yang inginkan disampaikan daripada daya ingatan kita. Apa yang menarik mengenai peta minda ialah ia merangkumkan semua aspek bahasa, analitis, reka bentuk, matematik, deria dan sebagainya dalam usaha keseluruhannya. 

Kelebihan lain yang terdapat pada peta minda ialah ia mudah digunakan serta sesuai untuk semua tujuan. Peta minda amat sesuai untuk tujuan menelaah pelajaran, mengambil nota yang diajar oleh guru, membaca buku, persediaan sebelum berbahas, untuk bermesyuarat, malah untuk persediaan membeli-belah. Kita tidak perlu menuliskan semuanya pada sekeping atau lebih kertas. Kita tidak akan sukar untuk memikirkan secara mendalam kerana ingatan kita dibantu oleh hasil lukisan dan tulisan mata dan tangan. Peta minda boleh disediakan dengan mudah. Pada buku tulis atau sekeping kertas, tulis topik utama yang menjadi perhatian. Contohnya, topik pembelajaran, eloklah dituliskan di bahagian tengah. Dari sini, pelbagai perkara lain yang berkaitan dengan topik pembelajaran akan dihasilkan dalam bentuk cabang atau cawangan daripada pembelajaran tadi. Daripada cabang-cabang tadi, kita boleh menghasilkan pelbagai fakta isi kecil yang lain dalam bentuk ranting. Di samping itu, kita boleh juga menggunakan pelbagai imej lain yang boleh mencorakkan peta minda dengan lebih menarik.

Peta Minda adalah satu teknik yang digunakan bertujuan untuk membolehkan minda kita menyimpan sesuatu maklumat atau fakta secara lebih kemas. Teknik ini memerlukan kita mengabungkan beberapa keperluan seperti warna, gambar, garisan dan lain lain lagi. Peta minda sebenarnya mengajar kita selari dengan bagaimana otak kita berfikir. Hasil dari penggunaan peta minda yang betul, akan menjadikan sesuatu fakta dapat di ingat dalam jangka masa yang lama. Apa yang penting ialah, dengan hanya melihat sekali imbas peta minda yang kita buat, ianya akan mengigatkan apa yang kita baca sebelum ini. Bayangkan, bagaimana bergunanya nota yang dibuat dengan teknik ini sebelum peperiksaan bermula. Pelajar lain membaca nota berjela-jela panjangnya tapi anda hanya melihat nota sekali imbas sahaja.

Mengikut seorang penulis Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk "Superbrain", melalui pemetaan minda seseorang itu dapat... "learn MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS effort..." yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.  Menurut Tony Buzan iaitu pengasas Peta Minda, pelajar akan lupa apa yang diajar sebanyak 80% dalam masa 24 jam. Walaubagaimanapun, sekiranya pelajar tersebut membuat ulangkaji selama satu jam selepas pelajaran tersebut diajar dan diikuti sehari esoknya, seminggu sekali, sebulan sekali dan 6 bulan sekali, anda akan mudah untuk mengingati kembali.

 Peta minda adalah teknik mengingati sesuatu perkara melalui bentuk, warna, kratif, rasa dan lain lain. Proses-proses membuat peta minda pertamanya  ialah sediakan sehelai kertas dan pen pelbagai warna. Seterusnya, kata kunci (keyword) yang boleh mengambarkan keseluruhan subjek yang hendak dibuat. Contohnya, membuat peta minda mengenai struktur bumi maka kata kunci yang sesuai adalah bumi. Gunakan kata kunci yang ringkas bersaiz sederhana. Letakkan kata kunci ini di bahagian tengah peta minda. Kita boleh menggunakan kreativiti dengan membuat bulatan, gambar bewarna mengelilingi kata kunci tersebut. Bahan grafik seperti garisan anak panah dan pelbagai untuk membentuk jaringan. Jangan gunakan garisan yang lurus untuk memulakan jaringan. Otak kanan kita suka pada seni dan kreativiti, jadi kalau boleh gunakan garisan bersahaja dan tidak terlalu lurus. Garisan lurus seolah olah statik dan tidak menarik. Kita juga perlu mencampurkan gambar gambar bewarna yang berkaitan bertujuan untuk memperkukuhkan fakta yang hendak diingat. Buat sahaja gambar mengikut kefahaman anda sendiri. Dari cabang utama kita sudah boleh membentuk beberapa cabang lain yang diisi dengan perkataan atau perkara yang bersangkutan dengan cabang utama. Gunakan warna yang terang dan pelbagai bagi menimbulkan kesan harmoni.


KREATIVITI DALAM SENI VISUAL

Dari sudut pandangan seni visual, kreativiti dalam seni adalah satu perbuatan berfikir yang kreatif dan bernas tentang sesuatu idea untuk menghasilkan sesuatu dengan memikirkan aspek – aspek permasalahan yang akan muncul dan memikirkan penyelesaian masalah tersebut.

Apa yang lebih menariknya tentang kreativiti ini ialah seseorang itu akan mencuba untuk menghasilkan satu idea yang menarik dan yang lebih baru dari yang sedia ada iaitu mampu mencipta sesuatu yang baru yang belum dicipta oleh orang lain dan mampu menarik perhatian audien tentang apa yang dihasilkan. Menghasilkan benda yang baru bukanlah mudah dan memerlukan pengertian yang sebenarnya tentang kreativiti dan idea yang dijana itu hendaklah sesuatu yang baru dan tiada peniruan dari pihak lain.

Pemikiran kreatif pula adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu
berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Pemikiran kreatif sudah lama dibincangkan dan dibahaskan secara ilmiah. Sering kali terdapat perbezaan tanggapan pada pengertian ‘kreatif’ itu. Namun begitu, hal ini adalah perkara biasa dalam dunia akademik kerana masing-masing merupakan tokoh akademik, penyelidik, sarjana dan dapat mengemukakan konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin ilmu yang mereka miliki. Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada ‘tiada’ kepada ‘ada’. Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah. 

Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif, tetapi ianya bukanlah merupakan hak mutlak akan terjadi kepada semua orang. Ianya berkait rapat dengan idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang. Bagi seseorang artis, pemikiran kreatif (pemikiran tampak) yang kadang kala tidak menggunakan walau sepatah perkataan, merupakan satu prosedur atau kaedah yang perlu digunakan apabila melihat, berfikir atau belajar bagi mewujudkan idea. Seseorang yang kreatif lazimnya tidak hanya memaparkan secara langsung tentang apa yang di lihat atau di alaminya. Ia mungkin menggunakan metafora dan anologi memproses pengalaman tampak untuk dilahirkan ke dalam bentuk tampak yang baru.  Menurut Helbert Read, kita tidak hanya mengajar kanak-kanak mengetahui, tetapi juga pada masa yang sama, mengajar mereka mencipta. Untuk mengetahui fakta (otak kiri) adalah suatu perkara dan menukarkan fakta kepada bentuk baru memerlukan keupayaan membuat metafora (otak kanan) adalah suatu perkara lain, yang merupakan fungsi pemikiran kreatif. Bagi mempertingkatkan daya kreativiti seseorang, pembelajaran dan pengalaman aktiviti pendidikan seni adalah diperlukan. 

Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual mengenai Kreativiti antaranya ialah Gilchrist menyatakan, kreativiti adalah keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru dan menilai sama ada maujud ataupun tidak. (Leonard Yong,1994). Manakala, Paul Torrance (1974) memberikan definisi kreativiti sebagai proses yang mana seseorang menjadi peka terhadap masalah kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebagainya; mengenal pasti perkara-perkara yang sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan-kekurangan itu, menguji dan mengkaji semula hipotesis-hipotesis ini dan memungkinkan pengubahsuaian dan mengujinya semula dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain (Leonard Yong,1994). Bagi June King McFee pula, beliau berpendapat bahawa kreativiti adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru bagi memperkemaskini idea yang ada. Aktiviti menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap kepada sesuatu organisasi yang baru dianggap sesuatu kreativiti.  Maka, dapatlah disimpulkan definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti.

Friday, March 18, 2011

STYLE/GAYA DALAM PENGKARYAAN

Gaya penampilan dalam pengkaryaan

Secara umumnya, pengkajian terhadap karya seni perlu mengambilkira aspek-aspek formalistik iaitu unsur dan prinsip, pengolahan karya dan gaya penampilan serta makna iaitu ikonografi yang tersurat dan tersirat. Penelitian terhadap bentuk dan makna ini pula dihubungkan dengan konteks penghasilan sesuatu karya, misalnya aspek-aspek period atau masa seperti sejarah dan kebudayaan. Dalam mengkaji bidang sejarah seni, seseorang perlu mengetahui tentang bagaimana sesebuah karya itu diolah dan dihasilkan berdasarkan kepada gaya penampilan yang digunakan.
Dalam proses pengolahan karya, Horald Osborne mengklasifikasikan 3 kaedah yang perlu digunakan dalam pengolahan pengucapan seni visual iaitu idealisasi, representasi, dan  stailisasi. Idealisasi merupakan pengolahan yang lebih memberi penekanan kepada mesej atau pengertian atau mesej sebagai subjek utama. Ianya juga turut merujuk kepada unsur kepercayaan atau keagamaan yang banyak terdapat pada imej-imej keugamaan. Pengolahan dibuat menggunakan perkiraan dan formula sebagai maksud untuk  menyampaikan rasa keunggulan dan penataan secara hieratic yang melibatkan exaggeration sama ada dari aspek idea mahupun bentuk.
Representasi pula merujuk kepada perlambangan yang menyatakan tentang keperihalan sifat dan ciri sesuatu kualiti hal yang mujarad seperti berat atau isipadu sesuatu objek tanpa sebenarkan menekankan sifat luaran.Oleh itu ia melibatkan satu perlambangan aspek mujarad bagi maksud menginterpretasi tentang perkara yang bukan objek. Dalam banyak keadaan, sasaran pengambarannya lebih mengutamakan aspek yang elemental dan primeval. Melalui representasi, pelukis menitikberatkan kedua-duanya sama ada aspek-aspek formalistik dan mesej yang ingin disampaikan serta lebih memberi penekanan kepada penyampaian rasa. Contohnya karya Zulkifli Yusof yang menggunakan stail dan mesej yang bergerak selari dengan aspek formalistik.
Stailisasi pula merujuk kepada bahan dan teknik yang digunakan dalam sesuatu karya atau perekaan. Pengkarya tidak meletakkan mesej sebagai subjek utama. Pertimbangan imej dibuat dengan mengambil kira aspek ciri bahan yang digunakan dan rupa yang akan diserasikan dengan keseluruhan reka bentuk. Pendekatannya lebih berkait dengan masalah rekaan (design issues). Contohnya ialah, gambar dalam motif.
Selain itu, gaya penampilan juga memainkan peranan penting kepada pengkarya bagi mempersembahkan karya kepada khalayak umum. Ianya merupakan teknik penggambaran yang menyentuh soal gaya dan bagaimana imej dipersembahkan kepada umum. Terdapat banyak kaedah utama yang boleh mengarah kepada penekanan gaya penampilan. Antaranya ialah realistik, separa abstrak, dan abstrak. Teknik penggambaran menyentuh soal gaya dan bagaimana imej dipersembahkan kepada umum. Realistik bermaksud karya yang menggambarkan sepertimana objek atau situasi asal melibatkan imitasi, peniruan daripada bentuk asal.Contoh karya yang bertajuk Gadis Melayu, Potret Diri (Mohd.Hoessien Enas). Manakala separa abstrak pula bermaksud mengubah bentuk asal kepada unsur yang sukar difahami tetapi masih boleh dikenali unsur-unsur asal.Contoh karya “Girl Before a mirror” (Pablo picasso) dan ‘Hang Tuah Hang Jebat” (Ismail Mustam). Abstrak pula merupakan karya yang melambangkan keseluruhan imej yang sukar difahami, dikenali sebagai mujarad,niskala,kabur, tetapi pengkarya lebih mementingkan simbol,bentuk dan warna. Sebagai contoh Pago-pago (A.Latiff Mohidin) dan  Gunung Ledang (Syed Ahmad Jamal).



Tuesday, March 8, 2011

Ikonografi....

-Ikonografi merupakan persoalan ikon yang memperkatakan tentang objek dan makna.
-Peringkat awal Panofsky menerangkan tentang objek dan makna apabila menceritakan bahawa kawannya 
 menegur beliau dengan mengangkat topi.
-Dengan mengangkat topi itu, beliau telah mengatakan itu suatu petanda tentang objek dan makna.
-Simbol mengangkat topi adalah adalah suatu makna yang mendalam itu sama ada menghormati, menegur,
 bermesra dan sopan santun.
-Makna itu juga boleh dikatakan sebagai makna insprisit atau makna yang mendalam.
-Makna tersebut tidak dapat diterima pada tempat yang lain.
-Terdapat tiga objek atau makna dalam karya seni.
  1) Objek yang natural @ primary
  2) Objek yang biasa @ sekunder
  3) Makna intrinsik @ isi

1)Objek yang natural
-terbahagi kepada fakta dan ekspresi
-makna diperoleh daripada bentuk
-menurutnya bentuk adalah dihasil daripada konfigurasi garisan, warna, diperbuat daripada
  gangsa dan batu.
-objek natural adalah adalah manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, rumah dan alatan.

2)Objek yang biasa
-beliau menggambarkan sebuah arca objek lelaki yang memegang pisau mewakili 'St. Bartholmew'
  dan objek perempuan memegang buah peach adalah sebagai personaliti 'kejujuran'.
-beliau juga menggambarkan objek karya lukisan 'The Last Supper' dalam gambaran-gambaran
 watak yang jahat dan baik.
-dalam karya di atas menunjukkan peristiwa dan makna.
-dalam hal demikian, maka dalam pengolahan karya di atas terangkumlah persoalan objek yang digambarkan
  dengan peristiwa. Di samping karya tersebut mencantumkan persoalan komposisi.

3)Makna Intrinsik
-beliau mendefinisikan makna melalui sejumlah prinsip yang menentukan sikap sesuatu negara, zaman,
  kelas atau pendirikan agama dan falsafah.
-kesemuanya adalah dinyatakan melalui personaliti seseorang melalui karya seni.
-beliau telah membuktikan sesebuah karya bertajuk 'Virgin Mary' di mana Mary terbaring
  diatas sofa melutut memujuk 'Baby Jesus'. Gambaran objek hanya menunjukkan skema tiga segi.
-dari segi ikonografi mempunyai makna yang intrinsik.

Hasil Tangan Yang Sangat Kreatif.....


 

Imej seorang lelaki yang lengkap berpakaian seolah-olah berkuasa

Labah - labah gergasi yang dibuat dari pasir

Karya yang dihasilkan dengan mengunakan pasir

Imej lelaki tua dan berhampiran dengannya ada ime singa.semuanya diperbuat daripada pasir

Menarik dan kreatif !!!

Formula mengingat.........

- mind maping
- storyboarding
- brainstorming
- fishbone
Bagi mengingatkan sesuatu perkara dalam waktu yang singkat amatlah sukar kerana otak manusia tidak boleh menerima sesuatu maklumat dengan banyak dalam sesuatu masa. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai cara bagi mengatasi masalah ini iaitu dengan mecipta formula bagi mengekspretasikan masalah-masalah yang timbul dalam hal sebegini. Antara formula yang dicipta ialah mind maping, storyboarding, brainstorming, serta carta sebab dan kesan iaitu diagram tulang ikan ataupun fishbone. Formula ini dicipta bagi memudahkan ingatan manusia tentang sesuatu perkara. Namun, terdapat perbezaan dan persamaan antara formula ini.
1) Persamaan
Persamaan yang dapat dilihat apabila kita menggunakan keempat-empat formula ini adalah semua formula memerlukan perancangan yang lebih teliti dalam membuat formula ini. Semua formula ini terbukti apabila kita melihat proses pembuatannya iaitu memerlukan kekreatifan, ketelitian dan kesempurnaan yang dicipta oleh yang pakar dlam bidang pendidikan. Hal ini demikian kerana, jika terdapat kesalahan dalam mencipta formula ini maka semestinya akan menyukarkan individu untuk memahami isi kandungan atau maksud yang ingin di perolehi.
Selain itu, keempat-empat formula ini turut mempunyai satu persamaaan yang jelas iaitu penglibatan dalam penukaran dari sesuatu idea ke dalam bentuk yang mudah diingat dan difahami. Formula ini jelas dapat dilihat persamaannya iaitu Mind Maping, setiap fakta atau isi penting akan diringkaskan dan disusun bagi perkara yang dianggap penting. Keempat-empat formula ini disusun isi pentingnya kepada bentuk yang lebih ringkas supaya mudah ingati.
Persamaan lain ialah semua formula ini merupakan perancangan sementara dan bukannya kepastian yang diharapkan. Misalnya, Brainstorming merupakan pencetus idea atau dengan kata lain proses pemilihan ketika membuat sesuatu keputusan. Setiap idea yang dirakam atau dikeluarkan akan dicatat dan dikaji terlebih dahulu, diselidik serta dibincang bagi memdapatkan maklumat yang tepat. Hanya idea yang sesuai sahaja akan dikekalkan dan terus dikembangkan dengan lebih lanjut atau mendalam. Maka, formula-formula ini jelaslah bahawa satu perancangan sahaja bukanlah kepastian.
Perbezaan
Formula-formula yang dicipta adalah untuk memudahkan manusia mengatasi masalah untuk mengingat sesuatu perkara dengan mudah dan berkesan. Terdapat perbezaan antara keempat-empat formula ini. Antaranya ialah dari segi bentuk formula ini. Setiap formula ini mempunyai bentuk yang berbeza antara satu sama lain. Misalnya, formula Mind Maping mempunyai bentuk yang pelbagai mengikut kekreatifan seseorang individu untuk menghasilkannya. Formula Fishbone pula merupakan berbentuk tulang ikan kebiasaannya. Selain itu, setiap pecahan idea dan gambarajah juga turut mempunyai bentuk yang berbeza misalnya pecahan idea bagi Mind Maling adalah pelbagai bentuk dan mengikut kesesuaian tajuk atau topik manakala formula Fishbone pula, pecahan idea dibuat mengikut rangka tulang ikan tersebut.
Antara perbezaan lain dapat dilihat ialah setiap formula mewakili cara atau kaedah yang tersendiri. Misalnya, formula Mind Maping adalah digunakan untuk menguraikan isi-isi penting dalam karangan atau esei panjang supaya mudah diingati dan difahami dan yang lebih penting adalah supaya mudah diingati.Manakala bagi storyboarding pula kaedahnya adalah dengan menggambarkan keadaan ataupun rupa sesuatu penggambaran sebelum ia bermula.
Setiap formula juga mewakili fungsinya yang tersendiri. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas pada setiap fungsi formula yang dicipta ini. Misalnya, bagi Mind Maping fungsinya adalah untuk menyenaraikan isi-isi penting bagi topik yang dikaji atau dirancang. Bagi Formula Storyboarding, fungsinya adalah untuk menggambarkan plot-plot penting di dalam sesebuah cerita. Manakala bagi Brainstorming, fungsinya adalah untuk menyenaraikan kebarangkalian kepada sesuatu penyelesaian dan formula Fishbone adalah untuk menyenaraikan setiap kesan dan penyebab kepada sesuatu masalah sebelum membuat sesuatu keputusan.
Sebagai kesimpulannya, keempat-kempat formula ini terdapat persamaan dan perbezaan dari pelbagai sudut sepeti kaedah, bentuk, cara, fungsi dan perancangan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Walau bagaimanapun, setiap formula banyak memberi manfaat kepada kita dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan kerumitan dalam mengingati sesuatu perkara yang dianggap penting.

Kreativiti Dalam Pendidikan Seni Visual


Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif. Pendidikan Seni dalam Kurukulum Bersepadu Sekolah Menengah, bermaksud seni tampak yang bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik.

Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Pelajar yang mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa, bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupan. Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir . Pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea, penerokaan unsur, inkuiri, integrasi maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan fleksibel.

Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar. Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini.

Kreativiti dalam seni....

Definisi
Kreativiti
Kreativiti merupakan anugerah tuhan kepada semua tetapi kita abaikannya. Kreativiti adalah penting dalam apa sahaja yang kita lakukan seperti hiasan, persolekan, jamuan perniagaan dan lain-lain. Kita boleh belajar berfikiran kreatif melalui pemerhatian dan boleh menerangkannya. Kita berfikir luar dari kotak pemikiran yang biasa. Adakah cara kita bertanya untuk boleh menjadikan seseorang itu berfikiran kreatif? Cara kita bertanya boleh menukarkan cara kita berfikir (mindset). Ia mengajar kita bagaimana sesuatu input (sama ada rangsangan deria atau maklumat) dapat diterangkan dan terbentuk dalam imageri dan minda seseorang untuk menerima maklumat.
Beberapa tokoh dalam disipilin sains pemikiran antara lain menjelaskan bahawa kreativiti amat rapat dengan aktiviti dan gaya hidup manusia. Antara definisi yang diberikan adalah:
“... diri dalam keadaan bergerak balas ketika ia dirangsang dengan cara dinamik.”
(Hopkins, 1937 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“... sebagai gaya hidup”
(Fomm, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“proses yang dilalui oleh seseorang dalam pengalaman seharian yang membwa perbaikan – pertumbuhan diri.”
(Andrews, 1961 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“... satu proses yang seseorang itu menjadi peka terhadap masalah, kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebgainya; mengenal pasti perkara-perkara sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan-kekurangan itu; menguji dan menguji semula hipotesis-hipotesis ini dan mungkin mengubah suai dan mengujinya semula; dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain.”
(Boon dan Ragbir, 1998)
“...melihat apa yang orang lain sudah nampak dan memikirkan apa yang belum difikirkan oleh orang lain.”
(Torrance, 1974)
“Creativity is the connecting and rearranging of knowledge-in the minds of people who will allow themselves to think flexibly-to generate new, often surprisingly ideas that others judge to be useful.”
(Plesk, 1997 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“kreativiti adalah proses yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan ia mencipta sesuatu baginya.”
(Mead, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“....timbul dari karya baru , akibat daripada interaksi-interaksi individu dengan alam sekitarnya.”
(Rogers, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“....pengertian perubahan, perkembanagan dan lain-lain, yang ada kaitannya dengan kreativiti manusia. Sebab manusia mencipta bukan dari tiada tetapi dari sesuatu yang sudah wujud kemudian diubah kepada bentuk yang lebih baik.”
(Hassan, 1991 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)
“... creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities”
(Rickards, 1990)

Sunday, February 13, 2011

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang
setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong
impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.